

PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH MASJID AL-IKHLAS TAMAN TUNKU SARINA
PEKERTI



LATAR BELAKANG
Keahlian Persatuan Khairat Kematian Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (PEKERTI) adalah terbuka kepada semua individu yang berumur 21 tahun keatas dan telah menetap lebih dari 6 bulan di kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina.
Yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 (sekali sahaja) dan yuran tahunan sebanyak RM60.00 (pembayaran sebelum berakhir bulan Februari setiap tahun) perlu dijelaskan sebelum permohonan diproses.
Bagi permohonan baru atas talian (klik di sini), pembayaran yuran berjumlah RM80.00 boleh dilakukan melalui internet banking atau mesin deposit ke
Akaun AgroBank dengan nombor akaun
100 505 1000 274 762
atau
Akaun Bank Islam dengan nombor akaun
02039010084364
atas nama Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Taman Tunku Sarina.
Bukti pembayaran hendaklah diemel ke pkkmtts@gmail.com atau diserahkan kepada mana - mana AJK PEKERTI.


MATLAMAT PERSATUAN
"Allah S.W.T. menjadikan insan, makhluk yang paling mulia. Jesteru, manusia ciptaan Allah S.W.T. melalui tatacara hidup yang bertamadun di seluruh pelosok muka bumi."
"Allah S.W.T. juga menentukan setiap yang bernyawa pasti mati. Demikian juga manusia yang wajib menempuh saat ajal kematian takdir Illahi."
Menyedari pentingnya perihal kematian ini, maka Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (PEKERTI) No. Pertubuhan : PPM-024-02-21072016 telah diwujudkan selaras dengan hasrat Biro Kebajikan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina bagi melaksanakan amanah dalam menguruskan hal ehwal kematian ahli dan anak-anak kariah.

AJK
